Wednesday, September 10, 2008

Reaksi Kepada Aksi Koyak Mengoyak

Artikel 153 tu dah jelas, penduduk majoriti Malaysia pun melayu. Jadi, secara dasarnya, perkara berkenaan Melayu ni takkan diubah. Apa yang perlu adalah satu resolusi untuk menangani ketidakseimbangan dari segi ekonomi dan sosial rakyat Malaysia. Tak perlu ubah perlembagaan pun. Pakatan rakyat pun terdiri daripada bangsa Melayu juga. Kepada orang Melayu yang takut dgn kehilangan hak istimewa ni, kita kena fikir camni, manusia yang bernama Ahmad Ismail ni seorang AHLIL POLITIK. Saya ulangi AHLIL POLITIK. AHLIL POLITIK hanya berjuang untuk mempertahankan kuasa. Tanpa kuasa, siapalah dia, serupalah dgn pegawai kerajaan yang dah bersara, masa dia jadi KSU semua orang dok sembah, masa lepas pencen, duduk rumah pakai kain pelikat ari2 baca suratkhabar takde sapa nak jenguk. Itu contohlah ye.

Bagi saya, orang Melayu ni mudah melatah. Perkara 153 dah jelas, perkara 3 dan perkara 13 pun dah jelas. Apa yang orang Malaysia ni perlukan, waima bangsa apa sekalipun, ialah 'good governance' untuk kebaikan semua rakyat. Saya tak perlu jelaskan apa yang sudah dijarah daripada kita oleh pemimpin Melayu UMNO ni kerana rata2 semua sudah tahu, walaupun tak mahu tahu menahu(boleh google). Cuma saya merasakan bahawa Perkara 160 ni lebih kepada sentimen kita terhadap agama Islam. Perkara 11 dan 12 bercanggah pulak dgn perkara 160 ni. Apapun, ini hanyalah pandangan remeh saya sahaja.

Kita nak marah Cina kenapa? Kita ada DEB, kita ada hak Bumiputera, kita ada macam2 kemudahan untuk Melayu. Tapi yang bayar cukai, 90% orang Cina juga. Orang Cina nak buat company pun kena ada bumiputera dalam company dia, wujudlah Ali Baba. Orang Melayu buat company pun dapat projek pakai cable, lepas dah dapat projek kita sub dekat Cina jugak. Yang nak marah tu kenapa? Kita yang wujudkan situasi ini. Janganlah Sejarah tok nenek kita nak ulang balik, sekarang ni generasi orang cina semua lahir di Malaysia.

Orang Melayu ni ada masalah 'inferiority complex' sebenarnya. Kita mudah melatah apabila membabitkan bangsa dan agama. Satu contoh, isu rasis jugalah ni, apabila YB Zul memperjuangkan Islam dalam protes di BAR Council. Beliau memperjuangkan ISlam berdasarkan Perlembagaan Malaysia artikel 153, beliau bukan memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran Muhammad. Itu saya cakap, melayu mudah melatah. Disebabkan latahan kita itu, bangsa lain rasa lawak tgk kita. Adegan mengoyakkan gambar lebih sesuai kalau kita putus cinta dgn awek kita dan bukannya sesuatu tindakan yang profesional oleh pemimpin UMNO.

Utusan Malaysia pun 'racist' tapi saya tak nampak pun orang Cina nak koyak Utusan Malaysia.

Perkara pokok yang lebih besar adalah ke arah memartabatkan negara kita ini dengan amalan 'good governance' dan juga ketelusan baik daripada pernigkat atasan sehingga bawahan.

Perkara perkauman ni sudah tidak perlu disentuh lagi zaman hp Iphone 3g ni. Orang Melayu, Cina, India semua bergerak kedepan.

Btw, menyentuh pasal agama, orang Islam sendiri bunuh orang Islam, contoh paling senang, kat Iraq dulu. Bangsa bukan boleh bawak ke kubur pun tapi amalan(agama). Agama dan bangsa adalah dua entiti berlainan. Kita cakap kita berjuang demi bangsa dan agama tapi kita satukan kedua2 entiti tersebut lantas mengelabui perjuangan asal kita. Samalah macam tahap KKK dekat USA tu.

Orang Islam yang ekstremis ni tak kira apa bangsa pun, menganggap agama lain sangat hina tanpa kita mahu memahaminya. Islam ajar kita hormati agama lain jugak(ayat quran apa tatau). Disebabkan tindakan ekstremis nilah, orang agama lain terutamanya Barat Islam ni mcm komunis, menolak segalanya yang orang Islam tidak paham.

Wassalam. Sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu dan rancangan. :D

No comments: