Wednesday, June 4, 2008

RM2.70 thriller!


Kali ni aku nak tulis bahase Melayu rojak campur pasar campur loghat. Baru sat2 tadi aku pi stesen minyak Mobil kat rumah aku ni. Aku memang suka beli rokok kat Mobil ni sebab kedai kat area rumah aku ni memang sesak dengan orang. Den tak goma sosak2 ni, buek poning kopalo yo.
Nak dijadikan cerita, sesampainya aku di Mobil, betapa meriahnya suasana dah macam karnival Jomheboh takpun Perkampungan Hadhari. Minyak besok nak naik 78sen bagi petrol yang membawak kepada rege baru yang sangat mencabar iman iaitu RM2.70! Disel plak naik RM1 yang membawak kepada rege baru RM2.58. Shahrir Samad cakap rege ni lebih murah 30 sen sebenarnya. Aduih, alang2 dan naik 78 sen baik ko bundarkan terus jd singgit bagi puas ati! Aku punya meter minyak dah tinggal satu bar je time ni tapi aku tak terpikir plak nak isi minyak sampai full tank. Sebab aku tau besok atau lusa atau tulat, aku masih kena isi minyak kete. Aku pikir alang2 nak isi minyak baik bawak satu kontena pastu isi, paling kurang bleh tahan 2-3 bulan(ini hanyalah andaian sahaja).
Dah macam teksi merah putih NGV beratur nak amik turn aku tengok.
Dengar citer plak gomen nak bagi rebet RM625 setiap kali kita renew roadtax. Pe pasal plak nak bagi rebet, kita takmo rebet kita nak minyak murah. Rebet pun boleh tolak bayaran installment kete sebulan. Sajela nak bagi rebet sebab nak dapat pelepasan cukai kot? Itupun dia nak pos rebet tu, berapa lama nak sampai umah, wallahualam! Aku pun tatau sangat pasal cukai ni walaupun bapak aku pesara LHDN.
Gomen cakap ini semua dinamakan bawah Pakej Penstrukturan Subsidi. Bukan nak cakap apa la, tapi memandangkan rege minyak dah naik mcm haram ni, tak lama lagi rege barang pon akan naik. Itu lumrah, sebab rege minyak ni adalah benchmark bagi rege barang lain. Kalau mcm ni, terpaksa la aku naik motor takpun basikal sebab aku takde lesen motor sebab aku phobia naik motor.

2 comments:

FATENEDAN said...

ai..sy br prasan kamu komen di blog sy..tanks..yeap,i admit,selling point might b the main purpose bt i dunno..just proud of p.ramlee since dak2 kita sindri dok ngadap charlie chaplin..udah nonton koper?=)..recomended..

*syndrome minyak..haih..pas ni naik beskal..

coalminecanary said...

yeah, tp kita letak itu kat tepi, kalau ceritanya ok, takpe. Yang tak pueh atinya kalu mcm cite komersial yg byk guna artis muka-lawo-tapi-takleh-belakon. Belum ada can nak tgk, kat wayang tentu dah habih. Anyways, tq for viewing my blog.