Friday, September 12, 2008

Juadah ISA di Bulan Ramadan


Syed Hamid ingin membuktikan bahawa perutnya lebih besar daripada perut Raja Petra Kamarudin(RPK) dan kepalanya lagi botak dan licin daripada kepala RPK dengan tindakan menahan RPK tengahari tadi di kediamannya. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya di benak kepala hotak aku, semalam SKMM lepaskan sekatan ke atas MT, hari ni depa wat loqlaq plak dok tahan ISA. Betul la kot, tindakan pandai la tu, memberikan balik kebebasan suara tapi RPK sesudah diberi kebebasan bersuara, gomen anggap dia 'menyalahgunakan' kebebasan suara tu ek? WAKAKAKAKAKA, barua punya hamid botak!

Bulan Ramadan pulak tu tahan ISA. Isk isk isk! Aku suka layari MT, hari2 aku akan bukak kitab elektronik sebab nak baca artikel terbaru. Antara seksyen yang aku minat adalah No Holds Barred dan seksyen Dari Jelebu. Syed Hamid kepala botak perut buncit nyatakan MT menghina Nabi Muhammad dan Islam. Aku tak penah baca sepotong ayat pun dalam tulisan RPK menghina kedua nabi dan Islam. Apa yang Pak2 Menteri ni takut, rahsia mereka makin lama makin terbocor, seperti bocornya siling di parlimen dahulu dan kemudian dikaitkan dengan MP wanita yang bocor. Waduh! Aku sebagai seorang mamat yang tak paham apa itu 'journalism', tak paham apa itu investigative reporting dan sebagainya sangat mengagumi dengan 'scoop' yang terbit di MT. Setiap hari membuka kepala dan benak aku ni terhadap benda2 baru, terutama berkaitan politik dan konspirasi kerajaan. Kadang terpikir, macam mana RPK boleh dapat semua informasi yang pedas2 ini? Turun dari langit macam wahyu ke? Jelas, RPK dan penulis MT boleh memberikan berita yang sahih dan jelas, yang kekurangan kat MSM kat Malaysia ni. Kalau takat nak baca paper Utusan Meloya, makin bodoh adalah, asyik ditipu, aku pun dah penat suruh orang2 yang aku kenal, boleh baca Utusan tapi jangan percaya dan jangan beli. Ini Bahalul punya 'broadsheet' dibikin oleh orang yang bahalul kononnya reporter. Reporter taik kucing bau tungkik!

Berbalik kepada RPK, tatkala mendapat tahu penahanan beliau bawah ISA, selera aku nak puasa makin tercabar, darah aku terus naik, rasa macam nak hempuk sesuatu tapi apa? Rasa geram yang menyelinap dalam susuk tubuh aku ni hanya aku dan tuhan yang paham. Ramai lagi yang berperasaan macam aku ni kot. Aku ni, bapak aku cakap, macam dia jugak 'anti-opression'. Betul la kot. ANTI-INJUSTICE.

ISA itu sendiri diwujudkan oleh seorang makhluk British bernama Reginald H Hicklings di zaman insurgensi komunis bagi membendung tindakan ahli Komunis. 'Preamble' kepada ISA adalah 'Organized Violence'. Ini aku pening ni, tang mana 'organized violence'nyer? RPK dah macam rock star bagi kami, tulisannya ada kredibiliti, malah dapat menyatupadukan semua bangsa di Malaysia ni, tengok sahajalah komen2 di MT. Ahmad Ismail keturunan Pakistan takpun Kerala bagi aku lebih teruk kalau dikumpulkan kesemua artikel di MT. Mamat Penang ni bukan sahaja gemuk dan boroi, tapi dia secara terang mewujudkan suasan ketegangan kaum di Malaysia ni. Ditambah pulak konconya yang bermisai tu bertindak mengoyak poster, konon ganas giler la tu? Mangkuk ni tak kena ISA dan tak patut dikenakan ISA, menurut woghieh Rais Yatim. Orang Jelebu sorang je bleh pakai, nama dia Isham Rais bukan Rais Orphan ni. Pulau Batu Putih kalah pun rileks je.

Najib Tun Razak pula nak ikut jejak langkah bapak dia la kot, besok kan 13hb, dia nak 're-enact another May 13th'. Generasi sekarang lebih dewasa, bukan nak lawan pakai tangan tapi pakai otak. Bukan macam orang UMNO, aku letak bendera terbalik kat Facebook pun panggil aku dengan macam2 nama! Tapi aku jawab dengan cool. Itu beza aku dgn orang yang panggil mereka Melayu UMNO dan aku tak bangga! PODAH!

Sekarang tengah menunggu update di MT dan Malaysiakini ke mana dah dibawa oleh SB si RPK ni. Adakah ke Taiwan untuk jadi moderator antara Tian Chua dan Bung Radin? Aku pun tak tau la tapi aku harap dan berdoa RPK dilindungi sepanjang masa. Adakah aku taksub dgn RPK? Kawan aku cakap aku taksub, tapi biarlah aku taksub dengan perkara yang benar, apa salahnya.

Ni ada pesanan penaja:

‘RPK detained under ISA. Pls come to Kelana Jaya Stadium 8pm 15th September, 2008 to show solidarity for RPK’.

Thursday, September 11, 2008

That Thing Called Racism

I would like to stress that, whatever it is, however racist you might be and want to be, please do not get carried away with racial sentiments. We don't want another May 13th. Please read the following from Tunku as appeared in Malaysia Today, what really transpired on May 13th :

http://mt.m2day.org/2008/content/view/12512/84/

My father was trapped in Brickfield, KL(non-malay area) on that date and thank god nothing happened to him. Again, recently, UMNO planted the bad seed and wanted another May 13th to win the heart of the Malay, which support is slowly diminishing.

Ahmad thinks he got balls cos he knows Paklah needs the Penang UMNO attention, therefore playing hardball on the racial card to incite Malay fury, looking like a pure Malay hero, in order to gain Malay vote by sowing seeds of hatred in the Malays. These are politically motivated. Let's not forget that we are all the citizens of Malaysia and we should respect one another regardless of race.

Instead of fighting for the Malays, in general, why don't you fight for your own and your family by striving to be the best in whatever you do, the halal way. If everyone does this, the Malays would be better off and can be on par with other races.

As Master Yoda once preached, "Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering".

Wednesday, September 10, 2008

Reaksi Kepada Aksi Koyak Mengoyak

Artikel 153 tu dah jelas, penduduk majoriti Malaysia pun melayu. Jadi, secara dasarnya, perkara berkenaan Melayu ni takkan diubah. Apa yang perlu adalah satu resolusi untuk menangani ketidakseimbangan dari segi ekonomi dan sosial rakyat Malaysia. Tak perlu ubah perlembagaan pun. Pakatan rakyat pun terdiri daripada bangsa Melayu juga. Kepada orang Melayu yang takut dgn kehilangan hak istimewa ni, kita kena fikir camni, manusia yang bernama Ahmad Ismail ni seorang AHLIL POLITIK. Saya ulangi AHLIL POLITIK. AHLIL POLITIK hanya berjuang untuk mempertahankan kuasa. Tanpa kuasa, siapalah dia, serupalah dgn pegawai kerajaan yang dah bersara, masa dia jadi KSU semua orang dok sembah, masa lepas pencen, duduk rumah pakai kain pelikat ari2 baca suratkhabar takde sapa nak jenguk. Itu contohlah ye.

Bagi saya, orang Melayu ni mudah melatah. Perkara 153 dah jelas, perkara 3 dan perkara 13 pun dah jelas. Apa yang orang Malaysia ni perlukan, waima bangsa apa sekalipun, ialah 'good governance' untuk kebaikan semua rakyat. Saya tak perlu jelaskan apa yang sudah dijarah daripada kita oleh pemimpin Melayu UMNO ni kerana rata2 semua sudah tahu, walaupun tak mahu tahu menahu(boleh google). Cuma saya merasakan bahawa Perkara 160 ni lebih kepada sentimen kita terhadap agama Islam. Perkara 11 dan 12 bercanggah pulak dgn perkara 160 ni. Apapun, ini hanyalah pandangan remeh saya sahaja.

Kita nak marah Cina kenapa? Kita ada DEB, kita ada hak Bumiputera, kita ada macam2 kemudahan untuk Melayu. Tapi yang bayar cukai, 90% orang Cina juga. Orang Cina nak buat company pun kena ada bumiputera dalam company dia, wujudlah Ali Baba. Orang Melayu buat company pun dapat projek pakai cable, lepas dah dapat projek kita sub dekat Cina jugak. Yang nak marah tu kenapa? Kita yang wujudkan situasi ini. Janganlah Sejarah tok nenek kita nak ulang balik, sekarang ni generasi orang cina semua lahir di Malaysia.

Orang Melayu ni ada masalah 'inferiority complex' sebenarnya. Kita mudah melatah apabila membabitkan bangsa dan agama. Satu contoh, isu rasis jugalah ni, apabila YB Zul memperjuangkan Islam dalam protes di BAR Council. Beliau memperjuangkan ISlam berdasarkan Perlembagaan Malaysia artikel 153, beliau bukan memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran Muhammad. Itu saya cakap, melayu mudah melatah. Disebabkan latahan kita itu, bangsa lain rasa lawak tgk kita. Adegan mengoyakkan gambar lebih sesuai kalau kita putus cinta dgn awek kita dan bukannya sesuatu tindakan yang profesional oleh pemimpin UMNO.

Utusan Malaysia pun 'racist' tapi saya tak nampak pun orang Cina nak koyak Utusan Malaysia.

Perkara pokok yang lebih besar adalah ke arah memartabatkan negara kita ini dengan amalan 'good governance' dan juga ketelusan baik daripada pernigkat atasan sehingga bawahan.

Perkara perkauman ni sudah tidak perlu disentuh lagi zaman hp Iphone 3g ni. Orang Melayu, Cina, India semua bergerak kedepan.

Btw, menyentuh pasal agama, orang Islam sendiri bunuh orang Islam, contoh paling senang, kat Iraq dulu. Bangsa bukan boleh bawak ke kubur pun tapi amalan(agama). Agama dan bangsa adalah dua entiti berlainan. Kita cakap kita berjuang demi bangsa dan agama tapi kita satukan kedua2 entiti tersebut lantas mengelabui perjuangan asal kita. Samalah macam tahap KKK dekat USA tu.

Orang Islam yang ekstremis ni tak kira apa bangsa pun, menganggap agama lain sangat hina tanpa kita mahu memahaminya. Islam ajar kita hormati agama lain jugak(ayat quran apa tatau). Disebabkan tindakan ekstremis nilah, orang agama lain terutamanya Barat Islam ni mcm komunis, menolak segalanya yang orang Islam tidak paham.

Wassalam. Sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu dan rancangan. :D

Tuesday, August 26, 2008

KEPUTUSAN RASMI PRK P.44

ANWAR IBRAHIM 31195

ARIF SHAH 15524

HANAFI MAMAT 92

MAJORITI 15671

TAHNIAH SEKALI LAGI DSAI!

KEPUTUSAN TAK RASMI PRK P.44

ANWAR IBRAHIM TELAH MENANG DENGAN MAJORITI 17652

ANWAR IBRAHIM 31949

ARIF SHAH 14297

AKIM 74 UNDI SAHAJA

TAHNIAH DSAI!

Monday, August 25, 2008

Godspeed DSAI



Saingan sengit daripada pengundi hantu yang dijangkakan seramai 20 ribu orang yang akan dikemenyankan khas oleh UMNO ke Permatang Pauh. Pengundi hantu ini terdiri daripada Puteri UMNO, Mat rempit, penduduk satu rumah seramai 80 orang dan juga bantuan undi pos daripada pihak keselamatan yang dipaksa oleh UMNO untuk memangkah kotak Arif Shah, kalau tak pangkah akan dikenakan tindakan tata-tertib.

Ramlang Porigi sendiri sudah menyatakan sumpah Saiful tidak sah dan beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi pada hari itu. Mufti Wilayah membalas kembali bahawa sumpah Saiful adalah sah dan mengikut prosedur. Persoalannya yang bermain di benak kepala gua yang tak berapa pandai agama, "MENGAPA MUFTI WP SENDIRI TAK JADI SAKSI, MENGAPA NAK PAKAI IMAM YANG BUKAN TERGOLONG DALAM KUMPULAN ULAMA?". Ini Mufti pun pakai ufti ka? Gua paham kalau iman itu tidak boleh diwarisi(seperti yang terjadi kepada anak ustaz Dato' Haji Hassan Azhari, iaitu Musa Hassan), tapi kalau mufti itu sendiri boleh dibeli, apakah duduknya di kerusi mufti itu WAJAR?

Semoga apapun tentangan esok, DSAI harus menang bagi memartabatkan rakyat Malaysia dan sekaligus memusnahkan UMNO untuk selama-lamanya. UMNO adalah bangsat umat Melayu dan sebuah parti racist(ala Nazi, KKK) yang diterapkan oleh penjajah dan mengamalkan pemerintahan bercorak opresi, kuku besi dan berteraskan Komunisme(kebebasan suara disekat, memutarbelitkan fakta melalui kawalan media seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang membodohkan rakyat Malaysia khasnya umat Melayu). Ini yang dikatakan pembela Melayu? Pemimpin bangsat UMNO sendiri mentekedarah duit, apatah lagi pemimpin picisan di peringkat Bahagian dan Cawangan.

Semoga DSAI beroleh kemenangan besar dan mutlak hari ini di P44. Permatang Pauh dan sekaligus dapat memegang tampuk pemerintahan negara ini daripada terus dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dungu daripada UMNO.

AMIN!

Thursday, August 7, 2008

PANAS! AG & IGP is as good as dead

Dr Mohamed Osman Abdul Hamid has made 2 outstanding revelation/evidence on the sodomee case. Read here for more info : http://us2.malaysia-today.net/2008/content/view/10901/84/

Bravo Dr Osman! As far as I'm concern, the AG & the IGP is as good as dead!