Friday, September 12, 2008

Juadah ISA di Bulan Ramadan


Syed Hamid ingin membuktikan bahawa perutnya lebih besar daripada perut Raja Petra Kamarudin(RPK) dan kepalanya lagi botak dan licin daripada kepala RPK dengan tindakan menahan RPK tengahari tadi di kediamannya. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya di benak kepala hotak aku, semalam SKMM lepaskan sekatan ke atas MT, hari ni depa wat loqlaq plak dok tahan ISA. Betul la kot, tindakan pandai la tu, memberikan balik kebebasan suara tapi RPK sesudah diberi kebebasan bersuara, gomen anggap dia 'menyalahgunakan' kebebasan suara tu ek? WAKAKAKAKAKA, barua punya hamid botak!

Bulan Ramadan pulak tu tahan ISA. Isk isk isk! Aku suka layari MT, hari2 aku akan bukak kitab elektronik sebab nak baca artikel terbaru. Antara seksyen yang aku minat adalah No Holds Barred dan seksyen Dari Jelebu. Syed Hamid kepala botak perut buncit nyatakan MT menghina Nabi Muhammad dan Islam. Aku tak penah baca sepotong ayat pun dalam tulisan RPK menghina kedua nabi dan Islam. Apa yang Pak2 Menteri ni takut, rahsia mereka makin lama makin terbocor, seperti bocornya siling di parlimen dahulu dan kemudian dikaitkan dengan MP wanita yang bocor. Waduh! Aku sebagai seorang mamat yang tak paham apa itu 'journalism', tak paham apa itu investigative reporting dan sebagainya sangat mengagumi dengan 'scoop' yang terbit di MT. Setiap hari membuka kepala dan benak aku ni terhadap benda2 baru, terutama berkaitan politik dan konspirasi kerajaan. Kadang terpikir, macam mana RPK boleh dapat semua informasi yang pedas2 ini? Turun dari langit macam wahyu ke? Jelas, RPK dan penulis MT boleh memberikan berita yang sahih dan jelas, yang kekurangan kat MSM kat Malaysia ni. Kalau takat nak baca paper Utusan Meloya, makin bodoh adalah, asyik ditipu, aku pun dah penat suruh orang2 yang aku kenal, boleh baca Utusan tapi jangan percaya dan jangan beli. Ini Bahalul punya 'broadsheet' dibikin oleh orang yang bahalul kononnya reporter. Reporter taik kucing bau tungkik!

Berbalik kepada RPK, tatkala mendapat tahu penahanan beliau bawah ISA, selera aku nak puasa makin tercabar, darah aku terus naik, rasa macam nak hempuk sesuatu tapi apa? Rasa geram yang menyelinap dalam susuk tubuh aku ni hanya aku dan tuhan yang paham. Ramai lagi yang berperasaan macam aku ni kot. Aku ni, bapak aku cakap, macam dia jugak 'anti-opression'. Betul la kot. ANTI-INJUSTICE.

ISA itu sendiri diwujudkan oleh seorang makhluk British bernama Reginald H Hicklings di zaman insurgensi komunis bagi membendung tindakan ahli Komunis. 'Preamble' kepada ISA adalah 'Organized Violence'. Ini aku pening ni, tang mana 'organized violence'nyer? RPK dah macam rock star bagi kami, tulisannya ada kredibiliti, malah dapat menyatupadukan semua bangsa di Malaysia ni, tengok sahajalah komen2 di MT. Ahmad Ismail keturunan Pakistan takpun Kerala bagi aku lebih teruk kalau dikumpulkan kesemua artikel di MT. Mamat Penang ni bukan sahaja gemuk dan boroi, tapi dia secara terang mewujudkan suasan ketegangan kaum di Malaysia ni. Ditambah pulak konconya yang bermisai tu bertindak mengoyak poster, konon ganas giler la tu? Mangkuk ni tak kena ISA dan tak patut dikenakan ISA, menurut woghieh Rais Yatim. Orang Jelebu sorang je bleh pakai, nama dia Isham Rais bukan Rais Orphan ni. Pulau Batu Putih kalah pun rileks je.

Najib Tun Razak pula nak ikut jejak langkah bapak dia la kot, besok kan 13hb, dia nak 're-enact another May 13th'. Generasi sekarang lebih dewasa, bukan nak lawan pakai tangan tapi pakai otak. Bukan macam orang UMNO, aku letak bendera terbalik kat Facebook pun panggil aku dengan macam2 nama! Tapi aku jawab dengan cool. Itu beza aku dgn orang yang panggil mereka Melayu UMNO dan aku tak bangga! PODAH!

Sekarang tengah menunggu update di MT dan Malaysiakini ke mana dah dibawa oleh SB si RPK ni. Adakah ke Taiwan untuk jadi moderator antara Tian Chua dan Bung Radin? Aku pun tak tau la tapi aku harap dan berdoa RPK dilindungi sepanjang masa. Adakah aku taksub dgn RPK? Kawan aku cakap aku taksub, tapi biarlah aku taksub dengan perkara yang benar, apa salahnya.

Ni ada pesanan penaja:

‘RPK detained under ISA. Pls come to Kelana Jaya Stadium 8pm 15th September, 2008 to show solidarity for RPK’.

No comments: